Friday, November 16, 2012

nur iman amani

tadaaaaaaaaa.. nie la buah hati pengarang jantung sayer..si manis nur iman amani

Monday, September 3, 2012

Apakah perbezaan di antara alergi makanan dan intolerans makanan?


Alergi makanan yang sebenar selalunya menyebabkan tindak balas yang segera selepas seseorang itu memakan makanan penyebab alergi. Simptom-simptom akan berlaku dalam beberapa saat atau minit selepas makan. Tindak balas alergi boleh mengancam nyawa pada sesetengah orang.



Intolerans makanan adalah tindak balas yang lebih perlahan, selalunya berlaku beberapa jam atau hari selepas memakan makanan tertentu. Selalunya ia membawa kesan kepada saluran pencernaan. Simptom-simptom boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kadang-kala membawa kepada pemakanan tak seimbang, tetapi selalunya ia tidak mengancam nyawa.





Adakah ia perkara biasa?



Kira-kira 5-8 peratus kanak-kanak dan 1-2 peratus orang dewasa akan mengalami alergi makanan. Sehingga 90 peratus kanak-kanak akan pulih dari alergi ini, tetapi mungkin akan mendapat penyakit lain yang berkaitan alergi (dikenali sebagai atopi) seperti asma, ekzema, demam alergi atau rinitis.



Jumlah mereka yang menderita akibat intolerans makanan tidak diketahui. Sehingga sejumlah 30 peratus orang mengaku mereka telah mengalaminya. Walau bagaimanapun, angkanya mungkin di sekitar 10–20 peratus sahaja.





Apakah punca yang paling biasa bagi alergi makanan dan intolerans makanan?



Makanan yang paling biasa menyebabkan alergi dan intolerans makanan adalah: telur, susu lembu, kekacang, gandum, gluten (protin yang terdapat dalam gandum, rai, barli dan mungkin oat), ikan, kerang-kerangan, buah-buahan sitrus, tomato, bijan dan soya.



Anda dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang makanan yang disyaki dari diet anak anda tanpa menggantikannya dengan makanan lain yang mempunyai kandungan nutrien yang sama. Jika tidak, dia mungkin akan mengalami kekurangan nutrisi. Adalah penting bagi anda mendapatkan bantuan daripada pakar diet jika anda mahu melakukannya.





Apakah simptom-simptomnya?



Simptom yang paling biasa bagi alergi makanan ialah kegatalan kulit (seperti ruam netel), kegatalan atau bengkak lidah dan bibir, bersin, hidung tersumbat atau berair, (seakan sama dengan demam alergi tetapi dikenali sebagai rinitis), nafas yang pendek dan batuk.



Simptom-simptom bagi intolerans makanan adalah sakit perut atau kolik, kembung, angin, cirit-birit dan kadang-kala muntah. Simptom-simptom seperti migrain, suka meragam, dan kemerahan juga dikaitkan dengan diet.



Terdapat banyak keadaan lain yang juga menyebabkan simptom-simptom seakan sama seperti penyakit Crohns, kolitis berulser dan penyakit kolik, jadi elakkan daripada mencuba membuat diagnosis sendiri. Penting untuk mendapatkan diagnosis doktor anda supaya anak anda mendapat rawatan perubatan yang betul.





Penjelasan bagi alergi makanan yang teruk



Bentuk alergi yang paling teruk dinamakan sebagai anafilaksis. Ia merupakan reaksi alergi yang berpotensi mengancam nyawa dan memerlukan rawatan perubatan kecemasan. Simptom-simptom termasuklah ruam kulit yang gatal (ruam kulit), lidah dan bibir yang bengkak, rasa tekak mencengkam, sukar bernafas dan rasa pitam. Anak anda akan kelihatan pucat dan rasa berlengas. Jika tidak dirawat, tindak balas anafilaktik akan menyebabkannya hilang kesedaran dan kadang-kala, ia akan membawa kematian. Jika anda mensyaki bahawa anak anda mungkin mengalami serangan anafilaktik, terus ke Jabatan Kemalangan & Kecemasan di hospital terdekat.



Jika anak anda didiagnosis dengan alergi makanan yang teruk, dia perlu membawa ubat Epinefrina (adrenalin) ke mana-mana sahaja bersamanya sebagai rawatan pertamanya jika dia mengalami tindak balas anafilaktik. Sekiranya diserang lagi, dia perlu ke hospital untuk rawatan lanjut.



Selain dari bahan bukan makanan seperti ubat-ubatan, sengatan lebah dan tebuan dan lateks, anafilaksis boleh disebabkan oleh makanan tertentu dalam jumlah yang sedikit. Kebanyakan orang mengetahui mengenai alergi kekacang dan makanan laut, tetapi apa-apa makanan pun boleh menjadi penyebab tindak balas ini. Penyebab paling biasa bagi kanak-kanak ialah telur, susu dan kacang. Bagi orang dewasa, penyebab utamanya ialah ikan, kerang-kerangan dan kekacang.





Bagaimana alergi dan intolerans makanan didiagnosis?



Alergi makanan hanya boleh didiagnosis secara tepat dengan dua cara: ujian cucuk kulit (skin prick test) dan/atau ujian darah. Kedua-duanya digunakan untuk mengesan kehadiran sebatian yang dinamakan IgE, yang hanya hadir jika alergi makanan berlaku.



Ujian cucuk kulit



Ujian ini biasanya digunakan sebab ia memberikan keputusan jelas dengan segera dan cepat dan mudah dilakukan. Ia dilakukan dengan meletakkan ekstrak cecair makanan yang disyaki (alergen) pada kulit dan mencucuknya dengan lanset. Jika anak anda alergi terhadap makanan tersebut, benjolan yang gatal akan muncul dalam masa 10 minit. Jika benjolan tersebut lebih daripada 3mm, ini dianggap sebagai tindak balas positif. Keputusan mungkin tidak akan berapa tepat jika anak anda mengambil antihistamin. Sesetengah pakar pediatrik boleh melakukan ujian ini dengan sendiri tetapi lazimnya, anak anda akan dirujuk kepada pakar kulit atau klinik alergi.



Ujian darah



Ujian ini menggunakan sampel darah yang dihantar ke makmal untuk diuji. Keputusan selalunya akan diketahui dalam masa 10-14 hari. Keputusan digredkan sama ada dalam skala 1-4 atau 1-6.



Bagi kedua-dua ujian, keputusannya hanya menunjukkan tindak balas anak anda terhadap sesuatu bahan. Ujian ini tidak dapat memberitahu anda bagaimana teruk tindak balas itu.





Menyimpan diari pemakanan



Menyimpan diari pemakanan dan simptom secara tepat juga amat membantu dalam diagnosis alergi atau intolerans makanan pada anak anda. Ia akan menunjukkan makanan atau bahan yang menyebabkan atau menerukkan simptomnya. Selalunya, anda perlu mendapatkan nasihat daripada pakar diet untuk mula melakukannya. Pakar pediatrik anda akan merujukkan anda kepada pakar diet.



Selalunya, pakar diet akan menyarankan supaya anda tidak memasukkan makanan tertentu ke dalam diet anak anda untuk sementara waktu, dan memasukkannya semula ke dalam diet secara perlahan-lahan. Dengan ini, makanan penyebab akan dapat dikenal pasti dan diagnosis boleh dilakukan. Menyimpan diari dengan rapi akan mengambil masa tetapi ia adalah cara paling tepat untuk mengenal pasti dan mendiagnosis alergi atau intolerans makanan pada anak anda. Jika anda sudah mengetahui bahawa jenis makanan tertentu menyebabkan tindak balas, tak usahlah anda memasukkan makanan itu semula ke dalam diet anak anda sebab ia berbahaya.





Hidup dengan diet khas



Apabila alergi atau intolerans makanan anak anda telah didiagnosis, adalah penting supaya anda mengelakkan makanan tersebut. Jika dia mengalami alergi makanan, semua makanan seumpama itu mesti dikeluarkan dari dietnya. Jangan masuk makanan itu semula ke dalam dietnya tanpa mendapatkan nasihat pakar perubatan. Dalam hal intolerans makanan, ini, anda boleh juga cuba memasukkan semula makanan tersebut ke dalam diet sedikit demi sedikit tanpa mengalami kesan buruk. Lama-kelamaan, dan dengan melakukan kaedah cuba-mencuba ini, anda akan ketahui berapa banyak makanan itu yang boleh diambil oleh anak anda. Menyimpan sebuah diari tentang makanan dan simptom (sila rujuk Menyimpan diari makanan dan simptom di atas) akan membantu anda melakukannya.



Aktiviti-aktiviti seperti menyediakan bekal makanan tengah hari di samping makanan semasa bercuti, parti hari jadi, makan di luar dan semasa keluar berjalan akan memerlukan pengaturan dan perancangan yang lebih tekun daripada biasa, tetapi anda akan mula membiasakan diri dengan amalan menyediakan makanan dan minuman yang sesuai untuk anak anda atau menasihatkan orang lain yang terlibat dalam pemakanan anak anda melakukannya.





Membeli-belah untuk diet khas



Membeli-belah untuk diet khas adalah sukar pada mulanya. Tetapi apabila anda sudah mengetahui semua produk yang sesuai bagi anak anda, dan belajar menyesuaikan resipi, dia akan mampu menangani diet yang pelbagai, berkhasiat dan sedap.



Amalkan tabiat membaca label makanan sebab ini juga akan menjadi bahagian penting dalam kehidupan harian. Makanan penyebab alergi mungkin mempunyai pelbagai nama yang berbeza. Sebagai contoh, kedua-dua natrium kaseinat dan pejal sirap dadih dihasilkan daripada susu. Anda boleh meminta senarai penuh jenama yang perlu dielakkan daripada pakar diet.



Sekarang, terdapat pelbagai jenis makanan khas yang bersifat "bebas daripada" di kebanyakan supermarket. Kedai makanan kesihatan dan organik menyediakan banyak jenis makanan khas.



Anda akan belajar bagaimana untuk menyesuaikan resipi biasa anda dan mencuba resipi baru. Terdapat banyak buku masakan diet khas yang boleh membantu anda menyediakan hidangan, snek dan bahan bakeri yang sesuai. Kek tanpa telur, pasta tanpa gandum dan krim putar tanpa susu adalah beberapa jenis makanan yang anda boleh buat atau beli.





Adakah anak saya akan pulih kelak?



Mana-mana alergi zaman kanak-kanak boleh menjadi pulih tetapi peluang anak anda untuk pulih dari alergi atau intolerans makanan bergantung kepada alergennya. Contohnya, sehingga sejumlah 90 peratus kanak-kanak akan pulih dari alergi susu lembu dan telur dan intolerans protin susu lembu, sementara hanya kira-kira 10-20 peratus akan pulih dari alergi kekacang.





Sumber anda mendapatkan maklumat lanjut



• Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia menyediakan maklumat lanjut, nasihat dan khidmat sokongan.



Thursday, August 30, 2012

Hari Raya Aidil Fitri

Raya raya raya...raya tahun nie syukur alhamdulillah best sgt2, sbbnyer raya kat kmpg sy..hihihihi..act sama je, mungkin sonok sket sbb dekat ngan mak n abah n adik beradik yang lain...raya tahun nie bixi sgt2 smp x smp nak g umah kawan2..tahun nie beraya kat selama -> teluk intan -> air kuning kampar -> selama -> alor setar -> jitra -> padang besar -> mata ayer perlis -> teluk intan -> ipoh ->balik kajang..huhuhuhuhu jauh x perjalanannyer...2000km tue...raya kali nie paling memenatkan..sbb berjalan sakan...ape2 pun sy rasa bahagia sgt sbb de hubby n anak sy nie...love both of you...nanti sy msukkan pic raya..nie x leh msuk sbb pkai pc opis..kantoi sudah..waktu kerja berblog pulak..kenduri yang sy g raya ritu ade 3 iaitu merisik zulaikah (aki punya) okay...kenduri anak mak cik ( nur iman) bukan nur iman amani taw n kenduri tunang sazly (andong) nama samarannya tue...tahniah utk org2 yg berkenaan..selamat pengantin baru, selamat bertunang, n selamat ape ye kalo merisik...huhuhuuh welcome to the club...(^_^)

Monday, August 6, 2012

Baca Al - Quran Dari H/P, Perlu Berwudhu?

Soalan


Apakah hukum membaca al-quran dari handphone dan adakah perlu berwudhu sebelum membacanya?



Jawapan
al-Quran yang dimuat turun ke dalam handphone tidak sama hukumnya dengan Mashaf (al-Quran). Maka harus menyentuhnya tanpa wudhu, dan harus membawanya ke dalam tandas. Ini kerana penulisan al-Quran di dalam handphone tidak sama seperti penulisan di dalam Mashaf, ia dipaparkan kemudian hilang, dan ia bukan huruf yang tetap, disamping handphone ada di dalamnya bahan-bahan yang lain juga.
al-Syeikh 'Abdul Rahman bin Nasir al-Barrak pernah ditanya tentang hukum membaca al-Quran dari H/P tanpa berwudhu.


Beliau menjawab: "Telah diketahui, membaca al-Quran dari hafalan tidak disyaratkan suci daripada hadath kecil, tidak disyaratkan juga bersih dari hadath besar. Akan tetapi bersuci untuk membaca al-Quran walaupun dari hafalan adalah lebih utama, kerana ia adalah kalam Allah, termasuk dalam mengagungkannya adalah dengan membacanya dalam keadaan bersuci. Adapun membaca al-Quran dari Mashaf, maka disyaratkan bersuci untuk menyentuhnya secara mutlak, berdasarkan hadith:


Maksudnya : "Jangan menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci."
Demikian juga berdasarkan athar-athar dari sahabat dan tabien. Kerana itu kebanyakan ulama berpendapat diharamkan menyentuh al-Quran bagi orang yang berhadath samaada untuk membaca atau utk tujuan lain."

Wallahu a'lam


Semoga berguna untuk korang semua. admin jumpa semasa sedang meng-google tadi. admin kongsikan sebab admin rasa ianya berguna untuk semua (^_^).



hukum membaca doa qunut

Hukum Membaca Doa Qunut
Hukumnya adalah sunat


Pendapat yang dikemukakan oleh para imam besar seperti Malik, As Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Soleh, Abu Ishaq Al Ghazali, Abu Bakar bin Muhammad, Hakam bin Utaibah, Hammad, Ahli HIjjaz, Al Auza'ie kebanyakan Ahli Syam malah menurut Imam An Nawawi dalam Majmu'. Ia adapah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan generasi selepas daripada mereka bahawa doa qunut disunatkan pada solat Subuh setiap hari.


Dalil :
Mereka berdalilkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Anas bin Malik r,a katanya :


Sentiasalah RasuluLlah s.a.w berqunut pada solat Subuh sehinggalah baginda wafat."


Diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar membaca doa qunut pada solat Subuh di hadapan para sahabat dan selainnya.
Berkenaan dengan hadith yang diriwayatkan daripada Anas ini, menurut al Haithami, Para perawinya adalah dipercayai." Menurut an Nawawi ia diriwayatkan oleh sekumpulan huffaz (ahli hadith) dan mengakui kesahihannya.


Kesahihan ini dinyatakan oleh al Hafiz al Balkhi, Al Hakim, Al Baihaqi dan ia juga diriwayatkan oleh Ad Daruqutni melalui beberapa jalan dengan sanad yang sahih.


Dalam mazhab syafie adalah sunat hukumnya membaca doa qunut dalam solat subuh itu, baik pada ketika turunnya bala atau tidak. Ini adalah pendapat yang banyak dari ulama-ulama salaf atau katakanlah yang paling banyak dan juga pendapat ulama-ulama yang di belakang ulama salaf. Di antara yang berpendapat serupa ini adalah Saidina Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman, Ali, Ibnu Abbas, Bara' bin "azib Rda (al Majmu' Syarah Muhazzab III halaman 504)


Lanjutan Penjelasan Dari Pondok Tampin


qunut dalam Sembahyang Subuh.



Di dlm mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dlm sembahyang Subuh , pada iktidal rakaat kedua adalah sunat ab'ad dlm erti diberi pahala bagi orang yg mengerjakannnya dan bagi yg lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan utk menggantikannya dgn sujud sahwi.


Tersebut dlm kitab Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.504, maksudnya:
"Dlm mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dgn hukum inilah berpegang majoriti ulamak salaf dan orang2 yg sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan diantara yg berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dgn sanad2 yg sahih. Ramai orang yg termasuk tabi'in dan yg sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud.
Tersebut dlm kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie

berkata,maksudnya:



"Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai"


Tersebut dlm kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin

Al-Mahalli, maksudnya:



"Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua drpd solat subuh dgn doa, Allahumahdini hingga akhirnya"



Demikianlah keputusan dan kepastian hukum tentang qunut subuh dalam mazhab kita Syafie.



ALASAN ORANG-ORANG YG MENOLAK QUNUT


Ada orang yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan shj berdasarkan hadith Anas ra, maksudnya:


"Bahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk sambil mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda meninggalkannya." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


Kita menjawab:
Hadith daripada Anas tersebut kita akui sebagi hadith yg sahih kerana terdapat dlm kitab Bukhari dan Muslim. Akan tetapi yg menjadi permasalahan sekarang adalah kata:(thumma tarakahu= Kemudian Nabi meninggalkannya).



Apakah yg ditinggalkan oleh Nabi itu?


Meninggalkan qunutkah? Atau meninggalkan berdoa yg mengandungi kecelakaan ke atas puak-puak Arab?



Untuk menjawab permasalahan ini lah kita perhatikan baik2 penjelasan Imam Nawawi dlm Al-Majmu'jil.3,hlm.505 maksudnya:



"Adapun jawapan terhadap hadith Anas dan Abi Hurairah r.a dlm ucapannya dengan (thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas orang2 kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka shj. Bukan meninggalkan seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Pentafsiran spt ini mesti dilakukan kerana hadith Anas di dlm ucapannya 'sentiasa Nabi qunut di dlm solat subuh sehingga beliau meninggal dunia'

adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya."




Imam Baihaqi meriwayatkan dan Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:


"Hanyalah yg ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat."


Tambahan lagi pentafsiran spt ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah ra yg berbunyi, maksudnya:



"Kemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka."



Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa qunut Nabi yg satu bulan itu adalah qunut nazilah dan qunut inilah yg ditinggalkan, bukan qunut pada waktu solat subuh.



2. Ada juga orang2 yg tidak menyukai qunut mengemukakan dalil hadith Saad bin Thariq yg juga bernama Abu Malik Al-Asja'i, maksudnya:



"Dari Abu Malik Al-Asja'i, beliau berkata: Aku pernah bertanya kpd bapaku, wahai bapa! sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Usman dan Ali bin Abi Thalib di sini di kufah selama kurang lebih dari lima tahun. Adakah mereka melakukan qunut?. Dijawab oleh bapanya:"Wahai anakku, itu adalah bid'ah." Diriwayatkan oleh Tirmizi.



Kita jawab:
Kalau benar Saad bin Thariq berkata begini maka sungguh menghairankan kerana hadith2 tentang Nabi dan para Khulafa Rasyidun yg melakukan qunut banyak sangat sama ada di dlm kitab Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasa'i dan Baihaqi.


Oleh itu ucapan Saad bin Thariq tersebut tidaklah diakui dan terpakai di dlm mazhab Syafie dan juga mazhab Maliki.



Hal ini disebabkan oleh kerana beribu-ribu orang telah melihat Nabi melakukan qunut, begitu pula sahabat baginda. Manakala hanya Thariq seorang shj yg mengatakan qunut itu sebagai amalan bid'ah.


Maka dlm kes ini berlakulah kaedah usul fiqh iaitu:


"Almuthbitu muqaddimun a'la annafi"


Maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.


Tambahan lagi orang yg mengatakan ADA jauh lebih banyak drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA.


Seperti inilah jawapan Imam Nawawi didlm Al-Majmu' jil.3,hlm.505, maksudnya:




"Dan jawapan kita terhadap hadith Saad bin Thariq adalah bahawa riwayat orang2 yg menetapkan qunut terdapat pada mereka itu tambahan ilmu dan juga mereka lebih banyak. Oleh itu wajiblah mendahulukan mereka"






Pensyarah hadith Turmizi yakni Ibnul 'Arabi juga memberikan komen yg sama terhadap hadith Saad bin Thariq itu. Beliau mengatakan:"Telah sah dan tetap bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut dlm solat subuh, telah tetap pula bahawa Nabi ada qunut sebelum rukuk atau sesudah rukuk, telah tetap pula bahawa Nabi ada melakukan qunut nazilah dan para khalifah di Madinah pun melakukan qunut serta Sayyidina Umar mengatakan bahawa qunut itu sunat,

telah pula diamalkan di Masjid Madinah. Oleh itu janganlah kamu tengok dan jgn pula ambil perhatian terhadap ucapan yg lain drpd itu."




Bahkan ulamak ahli fiqh dari Jakarta yakni Kiyai Haji Muhammad Syafie Hazami

di dlm kitabnya Taudhihul Adillah ketika memberi komen terhadap hadith Saad

bin Thariq itu berkata:


Sudah terang qunut itu bukan bid'ah menurut segala riwayat yg ada maka yg bid'ah itu adalah meragukan kesunatannya sehingga masih bertanya-tanya pula. Sudah gaharu cendana pula, sudahh tahu bertanya pula"
Dgn demikian dapatlah kita fahami ketegasan Imam Uqaili yg mengatakan bahawa Abu Malik itu jangan diikuti hadithnya dlm masalah qunut.(Mizanul I'tidal jil.2,hlm.122)

3. Ada juga orang mengetengahkan riwayat dari Ibnu Masu'd yg mengatakan, maksudnya: "Nabi Muhammad saw tidak pernah qunut di dlm solat apa pun."



Kita jawab:


Riwayat ini menurut Imam Nawawi dlm Al-Majmu' adalah terlalu dhaif kerana di antara perawinya terdapat Muhammad bin Jabir A-Suhaimi yg ucapannya selalu ditinggalkan oleh ahli2 hadith. Tersebut dlm kitab Mizanul I'tidal karangan Az-Zahabi bahawa Muhammad bin Jabir As-Suhaimi adalah orang yg dhaif menurut perkataan Ibnu Mu'in dan Imam Nasa'i.



Imam Bukhari mengatakan: "Ingatannya tidak kuat!"


Imam Abu Hatim mengatakan:"Dlm waktu yg akhir dia agak pelupa dan kitabnya telah hilang."(Mizanul I'tidal jil. 3, hlm.492)

Kita juga boleh mengatakan dgn jawapan terdahulu bahawa orang yg mengatakan ADA lebih didahulukan drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA berdasarkan kaedah:-



"Al-muthbitu muqaddamun a'la annafi" maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.


4. Ada juga yg mengajukan dalil bahawa Ibnu Abbas berkata, maksudnya:


"Qunut pada solat subuh itu bid'ah"



Kita jawab:
Hadith ini dhaif sangat kerana AlBaihaqi meriwayatkannya dari Abu Laila Al-Kufi dan Baihaqi sendiri mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih kerana Abu Laila itu adalah matruk(orang yg ditinggalkan hadithnya).



Tambahan lagi pada hadith yg lain Ibnu Abbas sendiri mengatakan, maksudnya:

"Bahawa Nabi saw melakukan qunut pada solat subuh."


5. Ada juga yg membawa dalil bahawa Ummu Salamah berkata, maksudnya:



"Bahawasanya Nabi saw melarang qunut pada solat subuh."



Kita jawab:
Hadith ini juga dhaif kerana diriwayatkan dari Muhammad bin Ya'la dari Anbasah bin Abdurrahman dari Abdullah bin Nafi dari bapanya dari Ummu Salamah.



Berkata Daruqutni: Ketiga2 orang itu adalah lemah dan tidak benar kalau Nafi mendengar hadith itu dari Ummu Salamah.



Tersebut dlm Mizanul I'tidal: Muhammad bin Ya'la itu diperkata-katakan oleh Imam Bukhari bahawa dia banyak menghilangkan hadith. Abu Hatim mengatakannya matruk.(mizanul I'tidal 4/70). Anbasah bin Abdurrahman menurut Imam Bukhari hadithnya matruk. Manakala Abdullah bin Nafi adalah orang yg banyak meriwayatkan hadith munkar.(Mizanul I'tidal 2/422)

CARA SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH


Cara Sembahyang Sunat Tarawih. Adik-adik yang baru nak belajar tu bolehlah baca perlahan-lahan yer. Kalau tak faham juga tanyalah pada guru-guru, ustaz mahupun ustazah di sekolah.

Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)
Bacaan Surah

Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu

Dari malam 1 hingga 15 Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takasur hingga surah al-Lahab.
Susunan surah-surah adalah seperti :
1. Al-Takatsur

2. Al-Asr

3. Al-Humazah

4. Al-Fil

5. Al-Quraisy

6. Al-Ma’un

7. Al-Kautsar

8. Al-Kafirun

9. An-Nasr

10. Al-Lahab
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas.
Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.
Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat.

i. Sembahyang witir ini ditunaikan dengan satu takbiratul Ihram dan satu salam sahaja. Lafaz niatnya:

(Sahaja aku sembahyang sunat witir tiga rakaat makmum kerana Allah Taala)

ii. Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal.

iii. Bacaan surah selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah al-A’la
Rakaat kedua: Surah al-Kafirun
Rakaat ketiga: Surah-surah
1. Al-Ikhlas

2. Al-Falaq
3. An-Nas
iv. Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut sunat sujud sahwi.
v. Berzikir atau bertahlilSeperti biasa selepas sembahyang witir diadakan tahlil. Terdapat berbagai cara mengelolakan tahlil ini. Cara yang disebut di halaman 29 bolehlah diikuti dari mula hingga akhir.


KLIK SINI —>> PANDUAN LENGKAP SOLAT SUNAT TARAWIKH

niat puasa sehari dan sebulan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
Lafaz niat sehari:
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:



نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى



Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala
Lafaz lengkap:



نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى



Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:



نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى



Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

mengintai tirai gitu..huhuhu

as. salam semua...

hari gembira hari bahagia dibulan puasa ini..wah dah x lama nak sambut syawal pulakkan...act title nie aku letak sebb aku terbaga entry org lain..seorang perempuan(tetapi bunyi mcm sangat ego) ada lelaki tahan x?huhuhuhu..act ada sbb da yg ajak dier kawin..mungkin apa yg dikatakan dia dlam blog bukan karekter sebenarnya lah..kerana bagi aku lelaki x tahan perempuan yg punya sifat2 mcm tue..sib bek aku upgrade ok sikit pada dia kot..hiihihihi dengan lemah lembut ku..hihihih lemah lutut kot..ape2 pun hari nie buat aku sedih dan gembira..sedih sbb erm.......gembira tanpa sebab..huuhuhu boleh x kita gembira tanpa sebab...mesti la boleh sbb ianya gembira..sape ckp x leyh dengki la tue.. (^_^)..ape2 pun peace no war..bay bay bebeh..iloveyou..

Monday, July 30, 2012

cara hilangkan parut jerawat

Ni ada cara untuk menghilangkan bekas jerawat. Boleh la mencuba, InsyaAllah parut akan berkurangan dan hilang.
1. Campurkan madu dan bedak sejuk kemudian sapu di parut jerawat anda.
2. Ambil sepotong ubi kayu dan kupas kulitnya. Buangkan kulitnya. Kemudian bersihkan dan parutkan ubi kayu tersebut.Selepas itu perah untuk dapatkan airnya. Sapu air tersebut pada bekas jerawat anda.
3. Campurkan madu lebah dengan kulit kayu manis yang telah di asah. Sapu di muka yang berparut pada waktu malam. Cuci dengan air suam pada esoknya. Amalkan 3 kali seminggu.
4. Ambil 10 helai daun sireh dan tumbuk daun tersebut. Kemudian sapu pada tempat berparut. Cuci setelah ianya kering.

5. Kisarkan timun dan tapis airnya. Hampas timun tersebut sapukan di muka anda. Selepas setengah jam, cuci dengan air suam.
6. Perah buah lemon untuk mendapatkan jusnya. Lumurkan jus lemon tersebut ke muka 2 kali sehari dan minum jus lemon 1 kali sehari.
7. Gunakan daun lidah buaya. Ambil jelnya sahaja dan lumurkan pada kawasan berparut. Bilas dengan air suam setelah kering. Jelnya juga boleh di buat jus dan minum1kali sehari.



maksud mimpi


1.Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.

2.Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

3.Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya

anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada

dalam kesakitan ia akan segera sembuh

4.Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

5.Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

6.Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

7.Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

8.Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

9.Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala

di dunia dan akhirat

10.Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan

yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

11.Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

12.Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan

segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi

petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

13.Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

14.Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

15.Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

16.Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

17.Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan

diakhiri dengan kejayaan

18.Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat

kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai

permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

19.Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan

20.Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

21.Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang

berpengaruh atau berpangkat besar

22.Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala. 23.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

24.Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

25.Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

26.Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

27.Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika

makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

28.Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

29.Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berdukacita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa30.Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

31.Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

32.Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

33.Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

34.Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

35.Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

36.Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

37.Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

38.Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

39.Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

40.Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan

sempurna

41.Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

42.Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

43.Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik 44.Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya

dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang

beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

45.Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

46.Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

47.Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

48.Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w 49.Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

50.Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

51.Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna

52.Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung

53.Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar

54.Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri

55.Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit

56.Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan

memperoleh harta atau anak

57.Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh

58.Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan

59.Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak



p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh. Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui

i'm a wife n mother

assalammualaikum...

alhamdulillah, syukur kepada allah..sudah sehingga kini perjalanan hidupku.. dikurniakan seorang suami yang baik dan anak yg comel...dan dengan kehadiran amani bermula la episod saya sebagai ibu..wallah bertambah2 tanggungjawab sy, sebagai pelajar, seorang pekerja, isteri dan ibu...huhuhu fening kepala...ape2 pun dalan hidup nie, kita perlu tabah untuk menghadapi semuanya...bagi saya mungkin cukup kalau abg (fahmi bin Ismail ) boleh hug sayang dengan penuh kasih sayang setiap hari..nak x b..kalo abg peluk sayang hari2...panjang sikit umur sayang,, ustaz cakap...hihihihi..merepek sudah..lepas  nie sy rasa nak update blog nie dengan kisah2 yg bercampur..boleh jadi rojak barang kali...dan sy juga akan kongsikan apa yang saya baca dengan kawan2...b'coz i love you..you tue sape ya..untuk kamu semua dan yg teristimewa buat kekanda saya fahmi bin ismail..love you so so much..

Tuesday, May 15, 2012

life wit love

as-salam..

Ya allah lama sudah kita tidak ber blog di sini.. kita teramat lah rindukan zaman muda-muda dulu..ahakzzzzz..mcm da tua pulak..sy mula lagi baru 25 okay...dan alhamdulillah kite bahagia bersama suami dan anak tercinta...syukran ya allah..sesungguhnya apa kite saya lalui dahulu ialah untuk kegembiraan masa sekarang..ya allah kau kuatkan lah imanku, suamiku dan anakku..semoga anak kami ialah anak yang solehah ameen...erm..sambung kemudian ya..kite nak smbung wat keje..cuma skrg tetiba rasa nak berblog lepas bangun tido tadi..hihihih act sbb x cukup tido jaga anak kite yg demam 5 hari da..dan skali lg kita rasa bersyukur sgt2 sbb anak kite da beransur sembuh,..tq for my mom sbb datang hantar ubat utk anak kite smlm..love you mom..dan ibu sentiasa adalah yang terbaik..